“Saya Beranak Bukan Untuk Beri Pada Orang” – Adira Suhaimi

Mungkin ramai yang sudah sedia maklum bahawa penyanyi Adira Suhaimi telah memfailkan penceraian dengan suaminya, Datuk Seri Adnan Abu baru-baru ini.

BACA : “Kami Baru Lakukan Hubungan Intim” – Datuk Red Komen Isu Adira Minta Cerai

Namun, penyanyi berusia 28 tahun itu mendedahkan dia akan tetap mempertahankan hak penjagaan ketiga-tiga orang anaknya andai ditakdirkan untuk berpisah dengan suaminya itu.

Bagaimanapun, menurut Adira, dia tidak akan sekali-kali memisahkan hubungan antara anak dan bapanya serta tiada berniat untuk menghalang mereka dari berjumpa.

“Saya tak pernah tinggalkan anak saya walau satu malam pun jadi soal hak penjagaan anak itu mestilah pada saya.

“Saya beranak bukan untuk bagi orang, apa pun yang jadi saya akan pertahankan hak penjagaan anak itu. Lagipun mereka semua pun masih menyusu dengan saya lagi” – jelas Adira kepada mStar Online.

Apabila disoal mengenai masih tinggal sebumbung dengan suaminya, Adira enggan mengulas lanjut dan mendakwa dia masih menghormati Adnan yang masih sah sebagai suaminya.

“Mengenai hal itu saya tak boleh nak cakap banyak kerana apa-apa sahaja boleh berlaku dan benda pun masih dalam proses.

“Saya beranak bukan untuk bagi orang, apa pun yang jadi saya akan pertahankan hak penjagaan anak itu.” – Adira.

Terdahulu, Adira memfailkan permohonan cerai melalui kaedah hakam dan prosiding pelantikan pegawai mahkamah itu sepatutnya berlangsung pada 9 Oktober lalu namun ditangguhkan.

1 Trackback / Pingback

  1. “Kami Tidak Mahu Anak Membesar Tanpa Kenal Bapa Mereka" - Adira & Datuk Red Tidak Jadi Bercerai - TEHPANAS

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*