Rihana Oksana Tuntut Rumah Agam RM41.2 juta & Nafkah Anak RM123,000 Sebulan

Masih belum selesai mengenai status rumah tangga bekas ratu cantik Moscow, Rihana Oksana walaupun sebelum ini peguam Sultan Kelantan mengesahkan sudah menghantar surat cerai talak tiga kepada pihak peguam Rihana.

BACA : “Diam Bermaksud Mengiyakan Kebohongan” – Rihana Oksana Tak Akan Mengalah

Baru-baru ini, Rihana membuka mulut mengenai isu sebenar perhubungannya dengan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V dalam satu wawancara bersama Daily Mail dan dia berkongsi rakaman temu bual tersebut menerusi laman Instagram miliknya.

Dalam temu bual eksklusif itu, Rihana mendedahkan bahawa dia dan anaknya, Tengku Ismail Leon Petra Tengku Muhammad V Faris Petra sudah lama tidak bertemu Sultan Muhammad sejak Disember tahun lalu.

Dalam pada itu, Rihana memberi bayangan seolah-olah baginda cuba bersembunyi daripadanya dan dia turut mendakwa baginda yang mencetuskan skandal hubungan mereka, sekaligus memohon maaf bagi pihak Sultan atas sikapnya itu.

Bagaimanapun, The Sun melaporkan Rihana menuntut rumah agam di London bernilai 8 juta Pound (RM41.2 juta) daripada Sultan Muhammad V dan menuntut baginda membayar nafkah anaknya sebanyak 24,000 Pound (RM123,632) sebulan.

Sumber : Forum Cari

Video Rihana Oksana Dedah Sultan Muhammad Bersembunyi Daripadanya

4 Trackbacks / Pingbacks

  1. "Mukanya Serupa Bapanya..." - Oksana Fail Petisyen Tentukan Bapa Anaknya Di Mahkamah Rusia - TEHPANAS
  2. “Mukanya Serupa Bapanya…” – Oksana Fail Petisyen Tentukan Bapa Anaknya Di Mahkamah Rusia - Info Sebenar
  3. "Boleh Jadi Anak Mana-mana Lelaki Asia Lain" - Istana Nafi Ismail Leon Zuriat Sultan Kelantan - TEHPANAS
  4. “Boleh Jadi Anak Mana-mana Lelaki Asia Lain” – Istana Nafi Ismail Leon Zuriat Sultan Kelantan - Info Sebenar

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*