Penjaga gol Johor Darul Ta’zim II (Johor DTII), Mohd Anis Faron bin Ahmad Arsidi ditangkap polis selepas perlawanan menentang Pulau Pinang di Stadium Bandaraya, Georgetown, Pulau Pinang malam tadi.
Mohd Anis Faron ditahan oleh pihak polis gara-gara mengeluarkan kata-kata kesat terhadap pasukan keselamatan yang bertugas ketika saingan Liga Perdana semalam.
Walaupun pihak pengurusan pasukan JDT II memohon maaf dan mahu insiden berkenaan tidak dipanjangkan serta merayu supaya pemain mereka tidak ditahan, namun pihak polis terpaksa menahan Mohd Anis Faron untuk siasatan lanjut.
Leave a Reply