Sudah pasti korang perasan pelakon Rozita Che Wan memakai bulu palsu setiap kali berada di kaca tv mahupun di dalam foto.
LIHAT : (Gambar) Rozita Che Wan Masa Remaja Dulu-dulu
Baru-baru ini, pelakon yang mesra dengan gelaran Che Ta itu memberi respon kepada posting penceramah bebas dan pelakon, PU Azman mengenai hukum pemakaian bulu mata palsu.
Menerusi Instagram milik PU Azman, dia menjelaskan pemakaian bulu mata palsu adalah diharamkan kerana ia mempunyai unsur penipuan.
“Eyelash extension dan bulu mata palsu dilihat haram kerana ada unsur melampau. Ada unsur penipuan.
“Si pemakai nak orang lain tahu tu bulu mata dia, padahal bukan. Kalau si pemakai tak niat macam tu pun tetap haram kerana orang lain ingat itu bulu mata asli dia, maka ada unsur penipuan.
“Haram kerana ada gam di atas kulit maka menghalang air wuduk dan mandi wajib. Kalau takda gam pun ia tetap haram kerana unsur penipuan.
“Haram kalau memudaratkan kesihatan bagi kes-kes tertentu. Kalau tak mudaratkan kesihatan pun ia boleh jadi haram kerana ada unsur penipuan.
“Haram kerana mengubah ciptaan Allah. Haram kerana ada tujuan untuk bercantik-cantik sedangkan dia memang dah ada bulu mata asli ciptaan Allah,” – tulis PU Azman di Instagram.
Mungkin merasakan dirinya salah seorang yang sering memakai bulu palsu, Che Ta telah memberi respon dengan meninggalkan pertanyaan dalam ruangan komen tersebut.
Namun, pertanyaan Cheta dibalas Azman dengan ringkas dan baik.
Leave a Reply