Mamat Exists Ditahan Polis, Konsert Reunion Berjalan Seperti Biasa

Susulan penahanan seorang penyanyi kumpulan popular 90-an, Astro Awani mendedahkan penyanyi yang ditahan polis bersama rakannya adalah vokalis Exists iaitu Mamat.

BACA : Penyanyi Ditahan Polis, Positif Dadah & Miliki Syabu

Mamat ditahan polis atas kesalahan memilik serbuk putih dipercayai syabu seberat seberat kira-kira 0.42g yang disimpan dalam dompetnya.

Mamat dan rakannya itu kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Johor Bahru Utara dan hasil ujian air kencing yang dibuat ke atas mereka juga mendapati kedua-dua suspek positif dadah.

Sementara itu, jurucakap Shiraz Projects yang juga penganjur konsert Exists Reunion pula memberitahu, pihaknya akan mengeluarkan kenyataan berhubung isu ini dalam waktu terdekat.

Mamat yang bakal mengadakan konsert reunion bersama anggota asal kumpulan itu pada 28 September ini dan penahanan tersebut tidak menjejaskan perjalanan Konsert Reunion Exists 2019 yang telah dijadualkan sebelum ini.

Penyanyi Ditahan Polis, Positif Dadah & Miliki Syabu

Carian Anda :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*