Hanya kerana kapsyen ‘Rindu’ dan memuat naik gambar selepas menyelam di Instagram, penyanyi Sufian Suhaimi terus dikaitkan dengan bekas kekasih oleh netizen level ‘Makcik Bawang’.
BACA : Sufian Suhaimi Bercinta Dengan Instafamous Bawah Umur?
Netizen yang merupakan peminat Sufian menegurnya agar sentiasa tampil berpakaian kemas seperti dulu dan move on dari terus menagih simpati bekas kekasih. Korang pun tahulah siapa dia tu kan…
Wanita itu juga mendakwa Sufian sengaja berkongsi foto tersebut untuk menunjukkan dia kecewa dan agar bekas kekasihnya rasa bersalah.
Gambar Sufian selepas menyelam berserta kapsyen ‘rindu’ itu sebenarnya ditujukan kepada penyanyi Zynakal yang kini di hospital, namun wanita itu terus meninggalkan komen yang mendakwa Sufian masih rindukan bekas kekasihnya.
“Apa ni makcik. Saya jarang reply komen orang tapi mak cik nampak risau betul. Ni gambar saya baru lepas menyelam dalam laut. Mungkin sebab tu rambut tak tersikat kemas. Saya dah lama move on”
“Saya boleh ada girlfriend bila-bila je saya nak. Cuma belum masanya lagi. Orang yang saya rindu tu kawan saya. Dia sakit. Dalam hospital sekarang. Cuba swipe left. Kalau tak reti minta tolong siapa-siapa yang ada dengan makcik,” – balas Sufian Suhaimi.
Rata-rata peminat terhibur dengan respon Sufian yang bersahaja dan memuji dirinya yang tidak cepat melatah dengan komen sememangnya tidak masuk akal itu.
Leave a Reply