Seorang lelaki telah diserang oleh seekor buaya ganas dan menggigit pinggulnya akhirnya selamat apabila dalam detik cemas berjaya menumbuk mata buaya itu berulang kai sehingga buaya itu melepaskan gigitan.
Kejadian yang berlaku di Kuala Sungai Suai, Batu Niah, Miri, Sarawak, Muliana Malla berusia 40-an yang berasal dari Indonesia membasuh tangan di sungai yang tidak jauh dari tempat kerjanya di sebuah tapak pembinaan tidak jauh dari lokasi itu.
(Kredit gambar – Harian Metro)
“Keadaan air ketika itu tenang sebelum tiba-tiba seekor buaya muncul lalu menyambar pinggul saya. Saya kemudian diseret sejauh dua meter ke tengah sungai menyebabkan terpaksa bergelut untuk menyelamatkan diri.
“Saya cuba melawan, tetapi buaya itu terus mengganas. Selepas itu, tangan kanan saya pula digigit menyebabkan terpaksa mengerah kudrat menggunakan tangan kiri untuk menumbuk mata buaya itu. – Muliana Malla.
Leave a Reply