Sufian Suhaimi Bercinta Dengan Instafamous Bawah Umur? Baby Pian Dedah Cerita Sebenar

Selepas spekulasi percintaan dengan Jasmine Suraya Chin, sekali lagi penyanyi Sufian Suhaimi dikaitkan bercinta pula dengan Instafamous Arianna Natasha.

BACA : Sufian Suhaimi Menggatal Dengan Isteri Orang, Suami Wanita Tersebut Dedahkan Bukti

Gosip cinta Sufian dengan gadis berusia 16 tahun itu mula hangat diperkatakan apabila penyanyi itu dilihat turut sama meraikan hari ulang tahun kelahiran gadis tersebut baru-baru ini.

Tidak mahu mengeruhkan keadaan, Sufian mendedahkan perkara sebenar yang Arianna adalah sekadar kawan sahaja dan dia mengenalinya menerusi seorang rakan.

“Saya dan Arianna tak ada hubungan istimewa pun, kami sudah lama mengenali antara satu sama lain. Hubungan kami pun hanya kawan sahaja.

“Kehadiran saya di majlis hari jadi Arianna itu pun atas dasar persahabatan. Saya diundang keluarganya untuk hadir dan kebetulan lokasi majlis itu berdekatan dengan rumah saya,” – jelas Sufian Suhaimi kepada mStar.

Menurut Sufian, dia mengakui masih belum berkeyakinan untuk bercinta lagi biarpun sudah melupakan kisah cinta terdahulu.

Sufian Suhaimi Menggatal Dengan Isteri Orang, Suami Wanita Tersebut Dedahkan Bukti

2 Trackbacks / Pingbacks

  1. "Apa Ni Makcik, Saya Dah Lama Move On" - Rindukan Zynakal, Sufian Suhaimi Dikecam Makcik Bawang - TEHPANAS
  2. “Apa Ni Makcik, Saya Dah Lama Move On” – Rindukan Zynakal, Sufian Suhaimi Dikecam Makcik Bawang - Info Sebenar

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*