Viral di laman Facebook semalam mengenai pergelutan antara mangsa dan dua lelaki yang cuba melarikan motosikal Yamaha Y15ZR mangsa di Phileo Damansara 2 (Seksyen 17) membuatkan netizen teruja melihat tindakan mangsa.
Mangsa yang dikenali sebagai Amirul Adli dan berusia 22 tahun itu teruk dibelasah sebelum bergelut untuk menyelamatkan motosikal miliknya.
Selepas dihentam teruk menggunakan fork lock oleh suspek, Amirul masih dapat melawan dua suspek samun menyebabkan rata-rata netizen berbangga dengan tindakan beraninya itu.
Menerusi laman Facebook, rakan mangsa yang menggunakan akaun Mr’Apex Shukor memuat naik video dan gambar Amirul selepas dibelasah dan cuba disamun oleh suspek.
Ramai yang meninggalkan komen yang positif kepada Amirul semoga sihat seperti biasa dan mendoakan dirinya semoga murah rezeki.
Ada juga yang ingin memberi sumbangan berbentuk wang dengan berharap dapat meringankan beban untuk Amirul mendapatkan rawatan cedera yang dia hadapi.
Dalam memuji keberanian Amirul mempertahankan haknya, ada juga netizen yang sebak sehingga menitiskan air mata selepas melihat musibah yang menimpa dirinya.
Jika dilihat pada gambar yang dikongsi oleh rakan Amirul, dia mengalami cedera pada bahagian muka, belakang, telinga dan lehernya.
Nasib baiklah Amirul memakai topi keledar semasa pergelutan, jika fork lock tersebut digunakan untuk memukul kepalanya, tiada siapa yang akan terjadi selepas itu.
Leave a Reply