“Saya Happy Lepas Jadi Mak Janda” – Fatin Afeefa Dah Tak Percaya Dengan Pernikahan

Selepas perkahwinannya sebelum ini gagal, pelakon Fatin Afeefa memberitahu dia gembira dengan kehidupannya kini bersama dua orang anaknya dan tidak terikat dengan komitmen bersama suami.

Menerusi Instagram, Fatin memuat naik gambarnya bersama anak-anak dengan kapsyen “Beli 1, Percuma 2” mengundang spekulasi dan kecaman daripada netizen.

Namun, kecaman dan komen negatif netizen itu dibalas oleh Fatin dengan sindiran.

Dalam pada itu, ramai juga yang memuji Fatin dan kagum dengan ketabahan pelakon itu dalam membesarkan dua anak yang bergelar ibu tunggal itu.

Fatin juga ada menjawab pertanyaan dari netizen mendakwa dirinya semakin bahagia sejak bergelar janda dan memberitahu dia tidak percaya dengan perkahwinan.

Fatin turut mengatakan, masyarakat akan memandang serong dengan gelaran janda tetapi apa yang paling penting adalah jangan pedulikan ‘mulut’ orang.

1 Trackback / Pingback

  1. “Saya Happy Lepas Jadi Mak Janda” – Fatin Afeefa Dah Tak Percaya Dengan Pernikahan - Info Sebenar

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*