Baru-baru ini, pelakon dan penyanyi Bella Astillah akui bekas suaminya, penyanyi dan pelakon Aliff Aziz ada memujuknya untuk rujuk semula, namun Bella enggan memberi sebarang komen mengenainya.
BACA : “Bella Ada Hubungi Untuk…” – Zizan Razak Buka Mulut Gosip Bercinta Dengan Bella Astillah
Menurut Bella, mereka masih berhubung antara satu sama lain untuk bertanya khabar namun belum terdetik untuk berkongsi cerita mengenai rujuk semula itu.
“Selepas tiga bulan bercerai, Aliff masih ada menghubungi saya dan biasanya bertanya khabar masing-masing atau anak kami, Ayden. Saya tak nak bermusuh dengan sesiapa.
“Soal dia pujuk saya untuk rujuk semula itu privasi, saya tak bersedia untuk bercerita mengenai perkara itu.
“Saya selalu percaya kalau ada jodoh, adalah. Tak kisahlah pasangan yang sudah berpisah berpuluh-puluh tahun pun.
“Saya reda dan percaya dengan apa yang terjadi dan bakal terjadi kerana Allah adalah sebaik-baik perancang. Saya hanya menunggu,” jelas Bella kepada Gempak.
Bella juga mengakui tidak mudah untuknya betul-betul ‘move on’ selepas penceraian dan dia memilih untuk memaafkan Aliff supaya tidak dibelenggu rasa sedih atau kecewa.
“Bella Ada Hubungi Untuk…” – Zizan Razak Buka Mulut Gosip Bercinta Dengan Bella Astillah
Leave a Reply