Semalam usahawan kosmetik, Safiey Illias menerusi Instagram mendedahkan bahawa dirinya akan membuang ‘payudara palsu’ atau implan silikon dan meminta pengikutnya di media sosial itu mendoakan untuk dirinya.
BACA : “Cip Cip Cip, Lubang Syinta Berdenyut” – Safiey Illias Kongsi Kisah ‘Pecah Dara’
Nampaknya, pembedahan membuang implan silikon tersebut sudah selesai daan Safiey sudah pun balik ke rumahnya namun masih dalam keadaan lemah.
Safiey memuat naik foto lobi Kompleks Pakar Dan Rawatan Harian Hospital Kuala Lumpur dan gambarnya yang sedang berbaring di rumah.
“Alhamdulillah . Maaf mugkin jarang update baru selesai buang implan silicone. Ayah suruh. Saya turuti. Sebab saya fikir esok mati macam mana. Saya buatdemi redha Allah dan mak ayah.
Kawan ada juga yang halang, tapi nanti di akhirat saya yang kena jawab, bukan kawan saya. Saya tak boleh nak tulis panjang2 sebab sakit. Semoga setiap darah yang menitik semasa di bilik bedah adalah darah syahid. Amin. Doakan saya cepat sembuh. Sakit longlai. Badan lemah. Salam MAAL HIJRAH yang akan datang tak lama lagi” – tulis Safiey Illias di Instagram.
Selain menceritakan selesai menjalani pembedahan, Safiey yang mesra dipanggil Syinta itu juga sempat menceritakan yang rakannya ada yang menghalang dirinya untuk membuang implan silikon terbabit.
Safiey juga berharap setiap darahnya yang menitik di bilik bedah adalah darah syahid dan menjelaskan dirinya masih dalam keadaan lemah.
Diharap Safiey kali ini betul-betul berubah kerana sebelum ini dia pernah melakukan perkara yang sama, namun kembali menjadi mak nyah menyebabkannya satu Malaysia tidak percaya dengan usahawan muda ini.
Ada juga yang mendakwa Safiey sengaja berbuat demikian kerana perniagaannya sekarang tengah merudum dan itu semua semata-mata untuk menarik perhatian umum.
“Cip Cip Cip, Lubang Syinta Berdenyut” – Safiey Illias Kongsi Kisah ‘Pecah Dara’
Leave a Reply