“Bella Ada Hubungi Untuk…” – Zizan Razak Buka Mulut Gosip Bercinta Dengan Bella Astillah

Kehadiran pelakon dan penyanyi Bella Astillah di kejutan hari lahir ibu pelakon dan pelawak Zizan Razak baru-baru ini menimbulkan spekulasi mendakwa mereka sedang menjalinkan hubungan cinta.

BACA : Zizan Razak Masuk Hospital, Sesak Nafas & Tertekan, Rakan Artis Beri Kata Semangat

Terpanggil untuk menjawab semua persoalan, akhirnya Zizan mendedahkan Bella diajak ke majlis hari lahir ibunya secara kebetulan sahaja.

“Kebetulan pada malam saya nak buat kejutan itu, Bella ada hubungi untuk bertanyakan tentang telefilem yang bakal kami bekerjasama.

“Masa dia hubungi itu, saya ada tanya dia ada di mana dan dia kata ada dekat Kuala Lumpur, berdekatan dengan lokasi saya nak buat majlis ibu.

“Dia tanya saya nak ke mana, saya cakaplah nak pergi sambut hari jadi ibu. Alang-alang itu, saya ajak dan dia pun datang la tapi selepas itu habis macam tu saja, tak ada apa.

“Saya ini jenis kalau bercinta sudah tentu tak akan tayang wanita itu tapi kalau saya tidak bercinta memang selamba letak di laman sosial,” – jelas Zizan kepada mStar Online.

Menurut Zizan, dia terlebih dahulu mengenali ibu dan adik kepada Bella iaitu Didi Astillah ketika sedang makan di sebuah gerai.

Ketika itu juga, dia terus meminta nombor telefon Bella selepas teringat pengarah Ghaz Abu Bakar pernah bertanyakan tentang heroin untuk digandingkan menerusi telefilem Kerusi Kecil.

“Ada satu hari itu saya makan di sebuah gerai dan rupa-rupanya ibu dan adik Bella, Didi duduk di belakang meja saya. Ibu dia tegur saya dan memberitahu dia adalah ibu Bella.

“Kebetulan pula, sebelum ini Ghaz ada bertanya siapa heroin yang saya nak berlakon sama untuk telefilem dan dia ada beri beberapa nama tapi saya kata tak kisah sesiapa pun.

“Sampailah terjumpa ibu Bella tu, saya terus minta nombor Bella sebab dapat idea untuk ajak dia berlakon jadi heroin dalam telefilem tersebut,” – Zizan.

Oh, maknanya Zizan dan Bella bukanlah bercinta seperti mana spekulasi yang timbul baru-baru ini. Kalau betul, apa salahnya. Heh!

2 Trackbacks / Pingbacks

  1. "Saya Hanya Menunggu" - Bella Astillah Enggan Komen Aliff Aziz Pujuk Untuk Rujuk Semula - TEHPANAS
  2. “Saya Hanya Menunggu” – Bella Astillah Enggan Komen Aliff Aziz Pujuk Untuk Rujuk Semula - Info Sebenar

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*