Dikecam Kerana Isu Salib & Azan, Akhirnya Anggun Buka Mulut

Penyanyi popular Indonesia, Anggun baru-baru ini mengundang kontroversi apabila penyanyi berusia 45 tahun itu mengulas mengenai isu kes ceramah seorang pendakwah Ustaz Abdul Somad (UAS), yang yang didakwa menghina agama kristian dengan membincangkan tentang jin kafir dalam salib dan patung Jesus.

Menurut juri tetap Asia Got Talent itu, disebabkan isu terbabit, dia bersimpati dengan pengikut agama bukan Islam di Indonesia sekaligus mendedahkan semasa mula tinggal di Paris, dia tidak menceritakan tentang agamanya di sana.

“Saya tinggal di Paris, saya adalah Muslim dan minoriti di Perancis. Ketika mula-mula saya berada di sini, saya dinasihatkan agar tidak menceritakan tentang agama saya supaya agama-agama lain yang membentuk majoriti tidak akan terganggu,

“Dari sini saya mula memahami maksud perkataan ‘minoriti’ kerana saya benar-benar merasakannya, dan dan hingga saat ini saya selalu mempunyai simpati kepada mereka yang harus terus mengalah supaya tidak ‘mengganggu’ yang majoriti. Yang majoriti itu belum tentu betul.” – Anggun.

Menerusi Instagram, Anggun memuat naik foto UAS dan Meliana, yang dijatuhi hukuman setahun 6 bulan penjara kerana membantah bunyi suara azan yang terlalu kuat di kawasan tempat tinggalnya, dengan kapsyen “Meliana & Somad. Minoritas VS Mayoritas”.

Bagaimanapun, posting tersebut terus dipenuhi dengan kritikan dan kecaman kerana dianggap sebagai mengeruhkan lagi suasana hingga boleh memecah-belahkan masyarakat di Indonesia.

Tidak mahu berdiam diri kerana dikecam, Anggun memuat naik pula video pendek dengan mesej untuk netizen yang mengecam dirinya dan menasihati masyarakat yang berbeza agama dapat bertolak ansur dengan satu sama lain.

“Wahai orang-orang yang suka mengecam dan mengkritik walaupun saya tidak kenal dan tidak ingin tahu, semoga suatu hari hidupmu bahagia seperti hidup saya sehingga kebencian yang kamu miliki dapat menjadi cinta,

“PS: Yuk #ToleransiBeragama dan berkawan dengan agama lain untuk memahami perasaan mereka, kita tidak hidup bersendirian.”- tulis Anggun di Instagram.

Namun, netizen tetap meninggalkan komen negatif kepada Anggun dan ada juga yang menasihatinya lebih baik berdiam diri sekiranya tidak tahu.

Mungkin ramai yang keliru dengan agama Anggun, bukan? Sebenarnya dia adalah seorang beragama Islam yang berasal dari Indonesia dan menetap di Paris, Perancis bersama keluarganya.

Sumber : Detik Hot

Carian Anda :

1 Trackback / Pingback

  1. Dikecam Kerana Isu Salib & Azan, Akhirnya Anggun Buka Mulut - Info Sebenar

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*