Caprice sebelum ini dikecam gara-gara memuat naik video yang didakwa mempersoalkan ramai rakyat Kelantan dalam satu majlis yang dihadiri oleh penceramah Dr Zakir Naik dan menganggap mereka tidak memahami bahasa Inggeris yang disampaikan oleh penceramah terbabit.
BACA : “Cari Dekat Padang Mahsyar” – PU Abu ‘Sound’ Caprice
Ternyata kenyataan Caprice di dalam video tersebut menyinggung rakyat Kelantan dengan mendakwa masyarakat di negeri Kelantan sering dikaitkan dengan hal-hal negatif.
“Saya minta maaf jika mereka terasa, tapi saya sifatkan IG Kelantan sebagai batu api kerana mengambil video tanpa caption di post,” – kata Caprice di dalam video.
Ekoran itu, Caprice memuat naik kenyataan permohonan maaf secara terbuka di Instagram kepada semua rakyat Kelantan dan turut menjelaskan akaun Instagram @igkelantan hanya mengambil sebahagian daripada videonya itu sehingga netizen tersalah anggap maksud sebenar yang ingin disampaikan.
Leave a Reply