Menanti saat menjadi seorang ibu, banyak perkara yang perlu pelakon Elfira Loy lalui dan terbaharu, dia kini hilang selera makan dan hanya menggemari hidangan manis sahaja gara-gara memasuki trimester ketiga.
BACA : Kandungan Mencecah 7 Bulan, Elfira Loy Belajar Cara Menyusu Bayi
Menerusi perkongsian di Instagram, Elfira juga mengaku dia mengalami kemalasan dan cepat penat untuk melakukan sesuatu biarpun dalam fikirannya banyak perkara yang perlu dilakukan.
“Imbas belakang sahaja mampu kerana ‘kemalasan’ trimester ketiga sudah datang.
“Jadi, berat untuk buat macam-macam walaupun dalam kepala nak buat ini nak buat itu.
“Makan pun sudah tak ada selera. Yang manis sahaja okay tetapi kena kawal pula,” – tulis Elfira di Instagram.
Perkongsian Elfira mendapat perhatian peminatnya dan ramai yang meninggalkan komen berbentuk tips untuk seorang yang bergelar ibu.
Ada juga yang sarankan untuk dia memakan buah-buahan sekiranya tiada selera makan dan ada juga yang melarang dia terus untuk mengambil makanan yang manis sahaja.
Leave a Reply