Sekian lama tidak mendengar kisah pelakon Iqram Dinzly yang sering mencetuskan ‘idea pelik’ di video live di Instagram, kali ini menerusi Bigo Live, dia mencetuskan kontroversi apabila rakaman video dia sedang menari viral sejak semalam.
BACA : “Salah Ke Saya Pakai Serban Ke Kelab Malam?” – Iqram Dinzly
Video berdurasi 15 saat itu memaparkan Iqram berpakaian ala penari balet dengan mengenakan skirt warna putih dan selendang hitam yang menutup kepala dan sebahagian tubuhnya berlatarkan lagu Peristiwa Subuh nyanyian Raihan.
Menurut Iqram, video itu sebenarnya sebahagian daripada video secara langsung yang dibuat di aplikasi Bigo Live, Rabu lalu dan penularan video itu menunjukkan sikap sebenar warganet yang sengaja mencipta sesuatu perkara hingga tercetusnya fitnah.
“Dari awal video itu ada banyak lagi perkara lain yang lebih bermanfaat. Selama lebih sejam saya buat ‘live’, 15 saat terakhir itu juga diambil. Nampak sangat memang sengaja nak fitnah saya.
“Saya lakukannya kerana nak hiburkan sahabat di Bigo Live. Kenapa nak pandang yang buruk saja? Ini jelas menunjukkan, orang kita memang suka tularkan yang buruk saja,” jelas Iqram kepada Harian Metro.
Walaupun bermacam kecaman dan tohmahan daripada video yang viral itu tetap tidak melemahkan diri Iqram kerana dia kenal dirinya sendiri.
“Saya kenal diri saya, tahu apa yang saya buat dan berlaku. Orang nak cakap apa sekalipun, cakaplah.
“Apa yang pasti, saya tak pernah nak kacau hidup orang lain. Yang masih tak boleh terima cara saya, lantaklah,” – Iqram Dinzly.
Untuk info, Iqram kini aktif di Bigo Live dan Facebook bagi program secara langsung terbitannya sendiri iaitu Borak Tepi Kain yang turut menampilkan seorang tetamu jemputan.
- bigo live tembam (1)
Leave a Reply