Penyanyi popular, Adira Suhaimi baru sahaja melahirkan anak ketiga semalam dan suaminya, Datuk Seri Adnan Abu bersyukur apabila bayi yang baru saja lahir itu adalah anaknya yang ke-10 jika dikumpul dengan isterinya yang lain.
BACA : Artis Wanita Sarat Hamil Anak Ketiga Diceraikan Suami
Namun, kegembiraan menimang cahaya mata baharu itu terbantut apabila gosip yang tersebar sebelum ini mendakwa seorang artis wanita yang sarat mengandung anak ketiga sudah diceraikan oleh suami di mahkamah dikaitkan dengan Adira.
“Saya ada dengar cerita ini dan ramai juga yang menyebut nama saya. Walaupun gosip itu tidak menyatakan siapa artis wanita itu, tapi ramai yang membuat spekulasi ia adalah saya.
“Saya sebenarnya malas nak bercakap perkara sama berulang kali terutama gosip remeh dan berita yang sengaja direka untuk melemahkan saya. Dari dulu sampai sekarang, saya takkan layan dan buat tak tahu saja.
“Saya tidak mahu memeningkan kepala memikirkan perkara yang tak betul. Biarlah orang nak cakap apa, yang penting saya dan suami tahu kebenarannya,” – jelas Adira kepada Harian Metro.
Bagaimanapun, Adira mengakui sepanjang berkahwin, hubungan dengan suami memang ada pasang surutnya dan baginya itu adalah perkara biasa tetapi tidaklah membawa kepada penceraian seperti mana yang digembar-gemburkan oleh setengah pihak.
Sementara itu, suami Adira yang lebih dikenali sebagai Datuk Red mendakwa spekulasi yang timbul itu adalah mengarut dan terkejut serta bersumpah dengan nama Allah, dia tidak pernah menceraikan isterinya itu.
Leave a Reply