Video Aisyah Tajuddin yang menghina & mengutuk negeri Kelantan kerana menjalankan hudud menjadi viral di laman sosial Facebook dan Youtube hari ini menyebabkan Aisyah menerima ugutan bunuh.
Selain mengutuk kemiskinan ekonomi negeri Kelantan, Aisyah yang hanya mengikut skrip yang diberi oleh pihak BFM (The Business Radio Station) itu juga mempersenda isu banjir yang berlaku di Kelantan baru-baru ini.
Video yang berdurasi 1 minit 55 saat tersebar secara meluas menyebabkan orang ramai marah dengan video tersebut menyebabkan Aisyah Tajuddin menerima diugut bunuh dan rogol oleh pihak tertentu.
Pihak BFM telah tampil memohon maaf dengan isu video hina hudud tersebut yang dihasilkan oleh mereka bersama Projek Dialog itu yang kononnya adalah hanya sekadar satira kerana mereka menganggap hudud belum sesuai dilaksanakan di Negeri Kelantan kerana keadaan ekonomi semasa dan negeri tersebut baru sahaja ditimpa musibah banjir.
Pihak BFM juga telah memadam video tersebut daripada akaun Youtube mereka tetapi video tersebut sudah di’download oleh ramai pihak dan telah di’upload semula ke Youtube dan Facebook.
“Aisyah tidak bersalah dalam hal ini kerana beliau hanya melakonkan watak tersebut dan apa yang dikatakan oleh beliau hanya mengikut skrip yang telah diberi oleh kami.” – Produksi BFM.
VIDEO AISYAH HINA KELANTAN & HUDUD
TehPanas – Kerana mulut badan binasa, kerana video diugut rogol dan bunuh…
Leave a Reply