Usahawan kosmetik popular, Datuk Seri Vida aktif mempromosikan produk terbaru keluaran anaknya, Cik B iaitu minuman teh boba namun menerima kritikan hebat daripada pelanggan yang kecewa terhadap produk terbabit.
BACA : Barang Kemas Dicampak Ke Dalam Keropok Ikan, Aishah Rasa Terhina
Menerusi perkongsian Vida di Instagram, rata-rata netizen yang merupakan pelanggan teh boba dan Salmon Crumbso Sausage itu mendakwa kedua-dua produk tersebut dijual pada harga yang sangat mahal.
Jika korang nak tahu, harga teh boba yang popular di kalangan netizen Malaysia sekitar RM6.00 sehingga RM12.00, tetapi produk teh boba Cik B itu pula dijual melebihi harga pasaran iaitu RM15.00 membuatkan ramai yang tidak puas hati.
Bukan itu saja, malah ada yang meluahkan hasil teh boba tersebut dikatakan tidak setimpal dengan harga kerana hanya mendapat milktea boba tanpa roasted creme brule dengan alasan staff premis mengatakan tiada elektrik pada masa itu.
Pelanggan tu cuba berbincang dengan staff terbabit, manalah tahu harga dapat dikurangkan kerana kurang bahan dimasukkan ke dalam teh boba tersebut, namun ternyata pelanggan itu kecewa apabila tiada jawapan daripada staff tersebut dan tiada perkataan maaf dari mereka.
Jika dilihat pada komen posting Vida itu, banyak komen negatif dari netizen, namun tidak diendahkan oleh Vida mahu pun anaknya, Cik B.
Berlian RM40,000 Untuk Aishah Ditelan Anak, Datuk Vida Terpaksa Korek Mulut Anak
- crumbso (1)
Leave a Reply