(Gambar) Kalimah Allah Pada Tali Selipar Kanak-kanak

Tak sangka masih ada lagi isu Kalimah Allah pada barangan yang dipijak setiap hari seperti selipar atau kasut seperti gambar yang dikirim oleh followers kami di laman Facebook.

Menurut sumber, gambar selipar anak lelakinya ini dibeli pada minggu lepas dan belum lama anaknya menggunakannya, tali selipar itu putus (tercabut).

Beliau tidak sangka ada hikmah di sebalik selipar anaknya yang belum lama digunakan tetapi talinya telah tercabut dan beliau sangat terkejut apabila jelas kelihatan Kalimah Allah pada tali selipar tersebut.

Biasanya, selipar kanak-kanak bercorak kartun ini dikilang atau dibuat di luar negara Malaysia terutamanya pengeluar dari negara China atau negara Indonesia.

Nasihat kami, berhati-hati ketika membeli selipar yang murah sama ada untuk kanak-kanak atau dewasa lebih-lebih lagi yang bercorak dan mempunyai gambar kartun.

Carian Anda :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*