Dilanda kontroversi putus tunang dan isu membelasah bekas tunang tidak mematahkan semangat pelakon Syafie Naswip, malah sentiasa ceria bersama keuarga tersayang.
BACA : Afiq Muiz Beri Amaran Isu Putus Tunang Aishah Azman
Terbaharu, Syafie berkongsikan video sambutan hari jadinya yang ke-27 tahun secara sederhana bersama keluarga.
Video berdurasi 1 minit 54 saat itu mendapat perhatian netizen termasuklah pelakon Datin Almy Nadia meluahkan rasa sedih sebaik sahaja menonton video tersebut.
Almy juga mendoakan agar Syafie dan keluarga tabah di atas apa yang berlaku.
Syafie membalas komen Almy memberitahu dia dan keluarga tenang menghadapi ujian menimpa dan menganggap apa yang berlaku adalah petunjuk daripada Allah.
Menurut Syafie lagi, lebih baik dia mengakhirinya daripada menanggung derita di kemudian hari.
Bengang Disuruh Putus Hubungan Songsang Dengan Kenalan, Punca Syafie Naswip Belasah Bekas Tunang
Leave a Reply