Gara-gara digelar ‘awek Cina’ berhubung gambar intim bersama bekas penyampai radio Jaa Suzuran oleh sebuah blog mengundang kemarahan penyampai radio dan model, Melissa Th’ng kerana menyifatkan ia sebagai tindakan yang tidak sopan.
BACA : “Saya Dah Keluar Radio Era” – Jaa Suzuran Berhenti Jadi DJ Tahun Lepas
Menurut bekas peserta program pencarian model terkenal Asia’s Next Top Model musim pertama itu, dia marah dan berkecil hati apabila blog berkenaan menggunakan kaum sebagai modal untuk menarik perhatian pembaca.
“Siapa tak sakit hati apabila digelar ‘awek Cina? Saya ada nama. Mereka boleh ambil gambar saya di Instagram namun tak boleh pula letak nama sebenar saya,” – jelas Melissa Th’ng kepada mStar.
Menurut Melissa, hubungannya setakat ini dengan selebriti dari Kelantan itu hanya berkawan baik dan menjelaskan Jaa seorang lelaki yang baik hati dan nampak keikhlasan di dalam dirinya.
Leave a Reply