Vokalis kumpulan rock popular pada tahun 90-an ditahan polis kerana memiliki dadah disyaki methamphetamine di sebuah kabin bersebelahan tempat cuci kenderaan di Taman Tenaga, Cheras, Kuala Lumpur, malam tadi.
BACA : Yassin Senario Ditangkap Polis, Gaduh & Positif Ganja
Menurut polis, penyanyi berusia 43 tahun itu ditahan pada 9.30 malam oleh sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras dan menemui satu paket plastik lutsinar disyaki methamphetamine seberat 0.6 gram bernilai RM100 dalam kabin itu.
“Hasil ujian saringan air kencing mendapati dia positif methamphetamine, amphetamin dan dadah jenis ganja (THC).
“Suspek tidak memiliki rekod jenayah lampau dan direman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan,” – Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohamed Mokhsein Mohamed Zon
Mohamed Mokhsein berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Menurut Harian Metro, kumpulan rock terbabit ditubuhkan pada tahun 1994 dengan dianggotai empat orang termasuk suspek dan merakam album pertama mereka pada 1996.
Untuk info, kali terakhir kumpulan itu tampil dengan produk seni mereka adalah pada 2011.
Leave a Reply