Mungkin lama memendam rasa melihat adiknya dibelasah oleh bekas tunang, pelakon Afiq Muiz tampil mengulas isu terbabit di laman Instagram miliknya.
BACA : “Budaknya Baik” – Nam Ron Tidak Percaya Syafie Naswip Gay
Pelakon Aishah Azman merupakan adik kandung kepada Afiq yang sebelum ini membuat laporan polis didakwa dibelasah oleh bekas tunang, pelakon Syafie Naswip kerana menegur Syafie yang mempunyai hubungan songsang dengan kenalannya.
Afiq memuat naik sekeping foto bersama adiknya itu di laman Instagram bersama kapsyen yang menjadi perhatian ramai kerana memberi amaran kepada bakal adik iparnya nanti, bukan jenis ‘dua alam’ ataupun gay.
“Banyak besar dia punya kepala main bedal adik aku sampai lebam-lebam. Siapa nak jadi adik ipar aku lepas ni, yang gentle dan Islam saja.
“Yang dua alam di larang sama sekali. AMARAN,” tulis Afiq di Instagram.
Walaupun tidak menyebut sebarang nama, netizen mengganggap amaran tersebut sudah pasti ditujukan kepada Syaife yang sebelum ini didakwa gay oleh Asihah.
Bengang Disuruh Putus Hubungan Songsang Dengan Kenalan, Punca Syafie Naswip Belasah Bekas Tunang
Leave a Reply