Usahawan kosmetik, Safiey Ilias mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini atas tuduhan menyebabkan kecederaan terhadap ‘Instafamous’ yang dikenali sebagai Baby Arra, Januari tahun lalu.
BACA : “Cip Cip Cip, Lubang Syinta Berdenyut” – Safiey Illias Kongsi Kisah ‘Pecah Dara’
Mohd Safiuddin Ilias, 25 tahun atau lebih dikenali sebagai Safiey membuat pengakuan itu selepas tuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Tawfiq Affandy Chin.
Safiey didakwa menyebabkan cedera parah terhadap Baby Arra atau nama sebenar, Farahnazikha Karab Hussain, 25 tahun, di sebuah restoran di Jalan Liew Weng Chee AU2 , Kuala Lumpur, jam 1.30 pagi, pada 15 Januari 2018, memetik Berita Harian.
Terdahulu, satu laporan media yang mengatakan Safiey dan rakan-rakannya memukul Baby Arra hingga cedera parah gara-gara penyebaran video Safiey yang menari dan didakwa mabuk di pantai Chenang, Langkawi semasa sambutan tahun baru 2018.
Namun, Baby Arra menafikan itu adalah perbuatannya dan menyebabkan rakan Safiey semakin berang lalu memukulnya hingga menyebabkan cedera parah.
“Banyak Buat Video Seksi Tunjuk Punggung” – Safiey Illias Insaf Minta Maaf Pada Ayahnya
Leave a Reply