Gambar wang kertas RM100 yang diubahsuai menjadi RM94 kerana GST menjadi viral di laman sosial Facebook dan Twitter serta aplikasi Whatsapp sekali lagi mendatangkan masalah besar kepada penyebar utama yang akhirnya ditangkap polis.
Pada mulanya satu laporan polis dibuat dengan mengatakan gambar duit kertas RM100 yang diubahsuai kepada RM94 itu dilakukan oleh pegawai polis di IPD Jerantut, Pahang seperti mana jika dilihat pada profil Whatsapp si penyebar.
Setelah siasatan polis dan SKMM dibuat akhirnya polis berjaya menangkap penyebar yang sebenar dikenali sebagai Suhalim Bin Husin berusia 4o tahun di Taman Pedah Permai, Jerantut Pahang dan merampas sebuah smartphone Samsung Galaxy Y warna hitam.
Suhalim mengaku menghantar gambar wang kertas RM94 itu ke dalam group Whatsapp (Hidup Rakyat) dan memberitahu gambar duit tersebut diambil dari group Whatsapp yang lain iaitu Group Geng Kuat Ator Report.
Profil Suhalim menggunakan nama anggota Polis Jerantut dan gambar polis trafik pada profil Whatsapp dan kes penyebaran wang kertas RM100 yang diubah ini disiasat di bawah seksyen 233 Akta Komunikasi & Multimedia Malaysia dan Seksyen 500 KK iaitu fitnah.
Sebelum ini gambar wang kertas RM100 di’edit dengan muka Agong yang menutup mukanya dengan menggunakan tangan kerana malu dengan kejatuhan mata wang Malaysia dan beban GST.
- 10 kesalahan polis evo (53)
- duit rm94 (4)
- duit malaysia baru (4)
- gambar duit (3)
- duit (3)
Leave a Reply