Setelah sekian lama pelakon dan pengacara Nabil Mahir mengesahkan hubungan cinta dengan pelakon Sarah Hilderbrand putus, Sarah memuat naik status di Instagram mengaitkan hubungan cintanya sebelum ini.
Selepas berdiam diri, akhirnya Sarah tampil dengan pengakuan dan pendedahan sebenar punca putus cinta dengan bekas kekasihnya.
Menerusi posting di Instagram milik Sarah, sepanjang lima tahun hubungan percintaannya itu, dia memendam rasa apabila sering dibuli dan dihina serta dituduh curang.
“Banyak kali teman rapat saya meminta saya meninggalkan dia, namun saya selalu memberikan alasan,
Sepanjang perhubungan, saya sering dihina dan dibuli. Tidak wujud komunikasi apabila berbicara tentang masa depan bersama.
“Saya sering dituduh curang kerana katanya ‘saya ada potensi, tetapi pada suatu hari Allah maha adil, bekas kekasih saya mengaku dia berlaku curang dengan seorang gadis lain.” – dedah Sarah menerusi akaun Instagramnya.
Disebabkan itu, Sarah mengambil keputusan untuk fokus pada karier dan mencari peluang untuk mengembangkan bakatnya.
“Namun, saya dituduh pula mahukan populariti dan dituduh menghisap kemaluan pengurus saya. Maaf saya bukannya perempuan jalang!
“Saya akan pastikan setiap wang yang diterima datang daripada sumber yang halal kerana saya menjaga ibu saya dan takkan biarkan rezeki itu datang daripada duit haram.
“Itu sudah melampau dan saya sudah penat. Kali terakhir kami bertengkar sehinggalah dia suruh saya berambus, dan itulah yang saya lakukan!” – jelas Sarah lagi.
Menurut Sarah, pendedahannya itu sebenarnya berniat untuk memberikan pengajaran kepada orang ramai agar belajar daripada kesilapannya.
Walaupun Sarah tidak menyebutkan sebarang nama di dalam posting terbabit, namun ramai pihak terutamanya netizen mengatakan individu yang dimaksudkan adalah bekas kekasihnya, Nabil Mahir.
Leave a Reply