Sebelum ini, penyanyi Zizi Kirana dan Ebby Yus menjadi perbualan hangat warganet apabila gambar mereka berdua berpakaian pengantin di atas pelamin viral di laman sosial.
BACA : Gambar ‘Kahwin’ Zizi Kirana & Ebby Yus Viral, Peminat Kecewa Zizi Memilih Ebby
Menurut Zizi, dia tidak kisah sekiranya ditakdirkan berkahwin dengan lelaki berusia dengan syarat lelaki tersebut bukan suami orang.
“Saya okay jika ditakdirkan berkawan dan berkahwin dengan lelaki berusia. Apa yang penting dia boleh menjaga, membahagiakan dan membuat saya ketawa,
“Kalau dia berusia atau orang tua sekali pun, saya okay asalkan bukan suami orang. Sebagai wanita, saya perlu menghormati hak wanita lain.” – jelas Zizi kepada Harian Metro.
Zizi memberitahu lagi, dalam soal jodoh, diri sendiri perlu memainkan peranan dan dia percaya Allah akan hadirkan lelaki lain yang lebih baik sekiranya seseorang itu bukan jodohnya.
Peminat Hantar Foto Lucah, Zizi Kirana Terkejut & Seram Sejuk
Leave a Reply