Seorang warga emas berusia 87 tahun terperangkap di dalam longkang selama 4 hari menyebabkan beliau terpaksa berlapar dan bermalam serta menahan kesakitan tanpa disedari orang ramai selepas terbabit kemalangan motosikal.
Kejadian berlaku kira-kira 100 meter dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Temenggong di Kampung Chuar Hilir, Kuala Kangsar, Perak apabila lelaki tua yang dikenali sebagai Sharif Mat terjatuh di dalam longkang yang dipenuhi air sedalam 5 meter.
(Gambar warga emas, Shariff Mat selepas berjaya diselamatkan)
Walaupun banyak kali menjerit meminta tolong, tiada siapa perasan mangsa berada di dalam longkang dan akhirnya mangsa ditemui oleh orang ramai yang dalam kesejukan dan kelaparan serta cedera yang dipercayai kemalangan berlaku selepas membeli makanan di kedai berhampiran.
Leave a Reply