Usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida memberi amaran terakhir bahawa akan mengambil tindakan undang-undang kepada netizen yang meninggalkan komen keterlaluan dan biadab di laman sosial Instagram miliknya.
LIHAT : Video Berlian RM40,000 Untuk Aishah Ditelan Anak, Datuk Vida Terpaksa Korek Mulut Anak
Menerusi Instastory semalam, Datuk Vida menjelaskan pihaknya sudah mengenal pasti individu yang didakwa meninggalkan komen keterlaluan itu dan dia turut memaparkan beberapa komen ‘terpilih’ yang bakal menerima notis undang-undang tidak lama lagi.
“Last warning! (amaran terakhir).
“Tindakan akan diambil terhadap netizen yang menulis komen keterlaluan. Pihak kami sudah mengenalpasti individu-individu berkenaan dan dalam proses mengumpul butiran lanjut mereka sebelum notis dihantar,” – tulis Datuk Vida di Instastory.
Amaran ini dikeluarkan oleh Datuk Vida gara-gara dikritik hebat oleh netizen di atas tindakannya yang didakwa cuba merendah-rendahkan penyanyi Aishah kerana memasukkan butiran berlian ke dalam botol makanan ringan.
Bukan itu sahaja, video anak lelakinya, Kacak yang memakan kerepek kulit ikan bersama berlian turut dikecam oleh netizen.
Berlian RM40,000 Untuk Aishah Ditelan Anak, Datuk Vida Terpaksa Korek Mulut Anak
Leave a Reply