Gambar yang didakwa seperti pocong sedang duduk di kerusi antara laluan bilik mayat di Hospital Kulim, Kedah menjadi tanda tanya seorang lelaki yang kebetulan mengambil gambar kerusi roda di kawasan tersebut.
Lelaki yang enggan dikenali memberitahu beliau sebenarnya mengambil gambar kerusi roda namun sebaik sampai di rumah dan meniliti gambar yang diambil menggunakan handphone beliau ternampaklah sesusuk tubuh seperti pocong yang sedang duduk ‘berehat’.
(Gambar imej yang didakwa pocong yang tengah berehat – dalam bulatan merah)
Persoalannya, memang pocong boleh duduk atau ada individu sengaja bergurau senda dengan membuat imej seolah-olah manusia yang berbalut dengan kain putih tersebut.
Belum ada berita sebenar atau kesahihan mengenai gambar pocong tersebut.
Leave a Reply