Tegar Diliwat Bekas Pengurus, Bekas Pengurus Lantik Peguam

Sebelum ini, Tegar dikatakan telah ditipu oleh bekas pengurusnya dengan mengambil wang milik Tegar dan mengurung Tegar di dalam rumah sahaja tanpa membenarkan Tegar keluar. Selepas itu, timbul pula dakwaan bekas pengurusnya, Arif Dollah, didakwa meliwat Tegar.

[BACA : TEGAR MENJADI PENGEMIS SELEPAS DITIPU PENGURUS]

Laman web (forum) Indonesia Metrotvnews melaporkan isu penderaan seksual terhadap Tegar dan diliwat bekas pengurus dan mendakwa Tegar masih dalam keadaan trauma.

“Saya amat terkejut dengan tuduhan itu. Saya kemudian meminta ibunya membuat laporan polis dan menjalani pemeriksaan doktor, jika benar dia diliwat. Bagaimanapun, tiada sebarang jawapan daripada ibunya dan saya sendiri tidak tahu, sama ada dia ada melakukan pemeriksaan doktor atau melaporkannya kepada polis.

“Saya pelik kenapa mereka ubah cerita. Jika betul saya meliwat Tegar, kenapa laporan yang dibuat lain?” soalnya seperti yang dilaporkan kebanyakan media tempatan Indonesia. Selain itu, Arif turut menjelaskan bahawa dakwaan mereka tinggal berdua adalah tidak benar kerana ada individu lain yang tinggal bersamanya.

“Di rumah itu, hanya kami bertiga dan kami tidur sebilik. Jika benar saya dan Tegar tidur memakai seluar dalam, tentu rakan saya itu pelik. Saya nafikan perkara itu berlaku. Tegar tidak memakai seluar dalam, dia tidur memakai seluar pendek saja,” – Arif Dollah.

(Gambar Tegar bersama bekas pengurus)

Kerana terkejut dengan kenyataan dan dakwaan serta tuduhan meliwat penyanyi cilik Indonesia itu, Arif melantik peguam untuk membela dan tindakan selanjutnya.

Carian Anda :

1 Trackback / Pingback

  1. Bekas Anak Tiri Pengurus Tegar Dedah Cerita Sebenar Isu Tegar Diliwat

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*