Hana Elite Gembira Mahkamah Jatuhkan Watie Elite Bersalah

Hana Elite sangat gembira apabila Mahkamah Sesyen Dan Majistret Selayang telah menjatuhkan hukuman bersalah ke atas Watie Elite (Norwati Binti Sadali) kerana menyebabkan selebriti itu jatuh bankrap dan diisytiharkan muflis pada April 2013 kerana gagal menyelesaikan bayaran pinjaman bank.

Hana Elite atau nama sebenar Hana Adnan bersyukur kerana hampir beberapa tahun beliau dalam status muflis disebabkan bersetuju untuk pinjamkan nama dan membayar duit pendahuluan bagi membolehkan Watie Elite beli kereta (Toyota Wish) kerana percayakan sahabatnya itu.

Sebelum ini Hana juga memberitahu bahawa suami Watie (Joey) pernah menghubunginya untuk berbincang dengan cara baik untuk menyelesaikan masalah ini tetapi semuanya sudah terlambat kerana mahmakah telah menjatuhkan hukuman.

Hana Elite juga mencari dan cuba menghubungi Watie Elite hampir 5 tahun tetapi tiada sebarang maklumat atau maklum balas dari sahabatnya itu yang pernah sama-sama menaikkan nama-nama kumpulan Elite sedikit masa dahulu bermula tahun 1996 bersama Abby Abadi, Linda Rafaf, Sasha Saidin dan Azza Elite.

Carian Anda :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*