Pelakon Sharifah Sakinah meluahkan rasa terkilan dan bengang apabila stesen televisyen meminta pelakon untuk membuat promosi drama atau filem secara percuma di media sosial masing-masing.
BACA : Gara-gara Ponteng Pantang, Sharifah Sakinah Dikecam Peminat
Menerusi laman Instagram miliknya, Sakinah menulis panjang lebar mengenai perkara terbabit dan menjelaskan kedua-dua platform iaitu televisyen dan media sosial adalah sumber rezeki mereka.
“Apabila Instafamous keluar TV, mereka akan menerima bayaran. Tetapi apabila seorang pelakon kena buat promo di Instagram, kami terpaksa buat ia secara percuma.
“Walhal kedua-dua platform ini tempat kami cari makan.
“Nampak sangat stesen TV cuba kaut untung dengan membayar pelakon hanya untuk lakonan mereka namun mengharapkan promosi percuma kepada jutaan pengikut tanpa membayar satu sen kepada kami.
“Nak ikutkan kontrak saya dibayar hanya untuk khidmat berlakon sahaja.
“Media sosial saya adalah ‘kerja’ sampingan yang saya jaga secara teliti selama ini,” – tulis Sakinah di Instagram.
Dia membandingkan dengan Instafamous yang diberi bayaran apabila keluar TV, sedangkan pelakon terpaksa membaut secara percuma apabila membuat promosi di Instagram.
Sakinah juga turut meminta pendapat netizen sama ada dia patut mengenakan bayaran untuk tujuan promosi di akaun Instagram miliknya.
“Jadi apa pendapat anda? Terutamanya yang buat kerja di TV dan media sosial. Patut tak kami kenakan bayaran untuk tujuan promosi?
“Rasanya gaji untuk job berlakon je bukan untuk promo sekali dalam Instagram.
“Itu dah boleh dikira start charge tak. Nak tanya je. Sebab instafamous masuk tv kena bayar bukan free.
“So saya rasa Instagram saya pun bukan free. Saya rasa la,” tulis Sakinah lagi.
Apa lagi, ramai pengikut dan rakan artis terkejut dan memintanya untuk mengenakan bayaran untuk setiap promosi di ruang Instagram.
Malah, Sakinah juga ada memuat naik di IG story mengenai posting Nabil Ahmad yang mempromosikan rancangan yang dikendalikan olehnya.
Leave a Reply