Sebelum ini, usahawan & penyanyi Nur Sajat ada membuat aduan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hak Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengenai produk bengkungnya diciplak oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
BACA : Nur Sajat Bengang Produk Let’s Bengkung Diciplak, Akui Alami Kerugian Besar
Ternyata aduan tersebut adalah palsu apabila bekas stokis perniagaan bengkung miliknya, Suzzyana Sulaiman mendakwa dirinya telah difitnah oleh Sajat menjual bengkung palsu.
Disebabkan itu, Nur Sajat atau nama sebenar Muhammad Sajjad Kamaruzzaman telah disaman oleh Suzzyana kerana fitnah tersebut menyebabkan reputasi wanita terbabit jatuh merudum.
Fitnah dan laporan Sajat turut menyebabkan Suzzyana mengalami kerugian apabila pejabatnya diserbu oleh pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hak Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sehingga produk jualan wanita itu dirampas.
Menerusi kenyataan NHA Advocates & Solicitors yang dilantik mewakili Suzzyana, Sajat turut menidakkan haknya sebagai stokis sah untuk perniagaan itu.
Malah, wanita itu juga dia difitnah kononnnya menjual bengkung palsu sedangkan ia merupakan produk asli yang dibeli secara sah sebagai stokis, lapor mStar Online.
“Kami juga ingin mengesahkan bahawa beberapa anak guam yang lain telah tampil dengan tuntutan yang sama terhadap Nur Sajat Aesthetic Sdn Bhd.
“Dengan itu kami sudah bersedia untuk memulakan beberapa tindakan undang-undang terhadap usawahan berusia 34 tahun itu dalam masa terdekat,” – peguam Nurul Hafidzah.
Menurut wakil peguam NHA Advocates & Solicitors, Nurul Hafidzah Hassan memberitahu anak guamnya mahu menuntut ganti rugi akibat reputasi tercalar, gangguan emosi serta kerugian perniagaan atas fitnah yang ditabur ke atasnya.
Nur Sajat Bengang Produk Let’s Bengkung Diciplak, Akui Alami Kerugian Besar
Leave a Reply