(Gambar) Dua Anggota Polis Tidur Semasa Bertugas Ditukar 24 Jam

Susulan daripada gambar dua orang anggota polis yang tidur semasa bertugas di pejabat pertanyaan Balai Polis Komuniti Mak Mandin, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang menjadi viral di media sosial Facebook dan aplikasi WhatsApp, dua anggota polis ini telah diarahkan bertukar dalam tempoh 24 jam.

Mereka berdua telah ditukarkan dan bertugas di Bilik Gerakan Seberang Perai Utara, Pulau Pinang sementara menunggu keputusan tindakan disiplin tatatertib yang bakal diterima oleh dua anggota polis yang tidur ini.

Kenyataan ini dikeluarkan oleh Ketua Pulau Pinang, Senior DCP Dato’ Wira Abd. Bin Hanafi sediri melalui kenyataan Siaran Media yang dikatakan perkara yang dianggap remeh ini sebenarnya adalah masalah serius.

Carian Anda :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*