Ramai yang tahu pelakon Elfira Loy mengandung dan kandungannya sudah mencecah enam bulan tetapi akui masih belum melakukan sebarang persiapan dan membeli barangan untuk bayinya.
BACA : “Saya Dah Mula Takut Nak Bersalin” – Elfira Loy Berdebar Nanti Bayi Lahir
Bukan itu saja, malah Elfira menjelaskan dia mahu jantina anak yang bakal dilahirkan itu menjadi kejutan walaupun dia dan suaminya, Muhamad Faris Khairol Anuar sudah mengetahui jantina anak sulung mereka.
“Alhamdulillah, usia kandungan saya sudah masuk enam bulan dan saya masih tak melakukan persediaan ataupun membeli barangan bayi.
“Cuma buat masa sekarang, saya akan lakukan pemeriksaan di klinik swasta,” – Elfira Loy.
Malah, dia juga tidak merancang untuk mengadakan sebarang acara bagi mengumumkan jantina anaknya seperti kebanyakkan dibuat oleh selebriti lain.
“Jika ditanya mengenai jantina, biarlah ia menjadi kejutan untuk semua. Saya dan suami juga tidak merancang untuk mengadakan majlis pengumuman jantina.
“Macam saya sendiri, memang idamkan anak perempuan dan suami pula mahukan anak lelaki.
“Jadi, biarlah bila saya sudah melahirkan nanti, saya akan umumkan jantina anak kepada umum,”- Elfira Loy
Kalau ikutkan, Elfira mahukan anak perempuan, manakala suaminya mahukan anak lelaki. Sebab itulah Elfira merahsiakan terlebih dahulu jantina anaknya yang bakal lahir tidak lama lagi.
Sumber : Gempak
Leave a Reply