Program pegang anjing atau kempen sentuh anjing sekali lagi diadakan di Malaysia dan kali ini diadakan di Penang Times Square, Pulau Pinang yang kononnya bertujuan memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai penjagaan anjing liar sebagai haiwan peliharaan.
Seperti biasa, sudah pasti program pegang anjing ini mendapat sambutan hebat daripada orang Islam terutamanya wanita Muslim dan sudah pasti akan mengambil gambar dan selfie bersama anjing-anjing yang disentuh dan dipeluk mereka.
Kempen ‘Be A Paw Walker’ ini dianjurkan oleh sekumpulan pelajar Diploma dari Han Chiang College itu turut mendapat kerjasama dari sebuah badan bukan kerajaan (NGO) ‘Save Our Strays’.
(Gambar gadis memeluk anjing semasa kempen tersebut)
Salah satu gambar seorang gadis melayu bertudung sedang memeluk seekor anjing menjadi perhatian masyarakat dan pihak media menghubungi pihak menganjur mengenai gambar wanita memeluk anjing itu.
Penolong Ketua Projek, Tang Ching Yee memberitahu pihak media bawaha sepanjang kempen pegang anjing itu diadakan hanya seorang (perempuan) gadis Melayu yang datang.
“Seingat saya, sepanjang kempen hanya seorang sahaja gadis Melayu yang datang, dia datang semalam (Ahad) bersama seorang rakan lelaki berbangsa Cina.
“Dia tidak ambil anjing liar untuk bela, hanya datang untuk bergambar sebelum beredar tidak lama selepas itu” jawapan Penolong Ketua Projek.
Ketua Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapha mengulas isu wanita bergambar dengan anjing itu tidak sepatutnya berlaku dan pihaknya kesal dengan sikap tidak bertanggungjawab pihak penganjur yang tidak prihatin dengan sensitiviti umat Islam di negara ini.
TehPanas – Nampaknya Program ‘I Want Touch A Dog’ yang sebelum ini lebih meriah kot?
Leave a Reply