“Berkongsi Luahan Di Laman Sosial Suatu Langkah Bijak” – Elly Mazlein

Jika anda pengikut dan peminat setia Elly Mazlein, sudah pasti anda tahu yang dia sememangnya seorang yang suka bersuara di laman sosial, lebih-lebih lagi mengenai kehidupan peribadinya.

BACA : Nikah Kali Kedua, Elly Mazlein Bayangkan Ini Perkahwinan Pertama

Menurut Elly atau lebih mesra menggelarkan dirinya Kak Lina Pom Pom, dia bersifat terbuka untuk berkongsi di laman sosial dan bukanlah tujuannya itu untuk mengaibkan segelintir individu.

“Kadang-kadang kalau kita tak luah, orang tidak tahu.

“Seperti sedia maklum, kita hidup dalam bermasyarakat dan kalau sesuatu perkara itu tidak diperjelaskan ia mampu mengundang pelbagai isu.

“Saya percaya, berkongsi luahan di laman sosial itu suatu langkah bijak,” – Elly Mazlein.

Ketika ditanya sekiranya tindakan itu seolah-olah mengaibkan segelintir individu, Elly atau lebih mesra menggelarkan dirinya Kak Lina Pom Pom punya jawapan tersendiri, memetik mStar.

“Sekarang ni tak perlu nak cerita fasal aib sangat, kalau tak mahu diaibkan, jangan buat hal!” – Elly Mazlein.

Elly juga meluahkan rasa sedih dengan pelbagai kontroversi yang melanda selebriti tanah air ketika ini dan dia turut menasihati rakan-rakan artis untuk menyelesaikan masalah mereka dengan cara terbaik.

Carian Anda :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*