Air Kencing Positif Ganja, Sofi Jikan Terkejut

Pelakon Sofi Jikan terkejut apabila hasil ujian air kencingnya positif ganja selepas melakukan saringan awal air kencing di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya 6 Februari tahun lalu.

BACA : Sofi Jikan Dituduh Hisap Ganja, Boleh Didenda RM5,000 Atau Penjara Dua Tahun

Sofi memakluman perkara terbabit ketika disoal peguam Datuk Haniff Hassan di hadapan Majistret Mohamad Ikhwan Mohd Nasir, semasa prosiding bela diri di Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada pagi tadi (Jumaat).

Sofi menjelaskan, ketika itu dia berada di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya selepas diminta melakukan ujian air kencing bagi membantu siasatan kes penahanan pelakon dan pengarah, Datuk Farid Kamil Zahari.

“Satu botol urin diserahkan kepada saya dengan diiringi seorang anggota polis ke tandas bagi melakukan ujian berkenaan.

“Selepas selesai, saya menyerahkan semula botol itu kira-kira 10 malam dan menunggu keputusan ujian air kencing.

“Saya terkejut, tak pasti ada mengambil bahan terlarang atau tidak,” – Sofi Jikan

Pelakon berusia 48 tahun itu juga memaklumkan dia ada menghadiri majlis jamuan makan malam bersama peminat di sebuah lokasi sebelum ditahan polis dan dia kerap menerima hadiah seperti rokok dan sebagainya di setiap majlis yang dihadirinya.

“Sebagai seorang perokok, saya selalu menerima hadiah seperti rokok dan sebagainya di setiap majlis dihadiri,” – Sofi Jikan.

Menurut Sofi, dia tidak pasti sama ada dirinya ada mengambil dadah jenis kanabis (ganja) atau pun tidak pada hari jamuan tersebut.

Prosiding itu dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Hakim Amir Abdul Hamid dan mahkamah menetapkan 31 Julai sebagai keputusan akhir pembelaan.

Terdahulu, pada 13 Februari 2018, Sofi didakwa menggunakan dadah jenis 11-nor-delta-9-tetrahydro cannabinol-9-carboxylic acid atau THC di Pejabat Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya pada 11.15 malam, 6 Februari tahun lalu.

Bagi kesalahan itu, Sofi Jikan didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda RM5,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan, memetik Harian Metro.

3 Trackbacks / Pingbacks

  1. Sofi Jikan Dipenjara 12 Bulan, Dapati Bersalah Hisap Ganja - TEHPANAS
  2. Sofi Jikan Dipenjara 12 Bulan, Dapati Bersalah Hisap Ganja - Info Sebenar
  3. "Saya Terpaksa Berniaga Di Pasar Malam & Menoreh Getah" - Sofi Jikan - TEHPANAS

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*