Berita baik untuk penerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M 2015) yang masih belum menerima bayaran pertama, anda boleh membuat permohonan rayuan dengan kadar segera bermula 1 Mac 2015 sehingga 31 Mac 2015 ini dengan menggunakan borang permohonan rayuan yang telah disediakan.
Borang Permohonan Rayuan BR1M 2015
Borang Permohonan Rayuan BR1M 2015 boleh diperolehi dengan memuat turun di laman web https://ebr1m.hasil.gov.my/ atau klik pautan ini untuk terus download borang permohonan rayuan BR1M 2015 ini.
Download Borang Permohonan Rayuan & Hantar
Selepas mengisi dengan lengkap Borang Permohonan Rayuan BR1M 2015 ini, anda boleh menghantar borang tersebut di mana-mana Cawangan / Pusat Khidmat Hasil (PKH) dan Urban Transformation Centre (UTC) LHDNM bermula 1 Mac 2015 sehingga 31 Mac 2015.
Sekiranya anda salah seorang daripada penerima BR1M 2015 yang masih tertangguh, sila isi Borang Permohonan Rayuan BR1M 2015 yang boleh dimuat turun atau terus ke mana-mana Cawangan / Pusat Khidmat Hasil (PKH) dan Urban Transformation Centre (UTC) LHDNM.
Contoh Borang Permohonan Rayuan BR1M 2015
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai BR1M 2015, anda boleh menghubungi TALIAN HOTLINE LHDNM: 1-800-88-2716
borang rayuan