Gambar Lisa Surihani tampil berhijab mendapat perhatian peminat dan netizen apabila Lisa memuat naik 4 keping foto di laman Instagram miliknya awal pagi tadi.
Lisa berharap dia dapat kekal dengan imej berkenaan dan menganggap keputusan sama ada mahu kekal bertudung atau sebaliknya, menjadi suatu hal yang terlalu peribadi, memetik Berita Harian.
“Jauh di sudut hati kecil saya, hal ini (bertudung) memberikan banyak terjemahan dan kesimpulan.
“Saya agak bimbang apabila ada yang membuat andaian perubahan ini (bertudung) sebagai imej baharu.
“Bimbang kalau saya terus muat naik foto memakai tudung, seolah-olah mahu meraih pujian sesama insan.
“Ia sangat peribadi, sebab itu saya ambil masa yang agak lama untuk memuat naik gambar ini. Saya harap terus istiqomah dalam hal ini dan melakukannya kerana Allah. Jauh sekali atas tekanan atau kehendak sesiapa,” – Lisa Surihani.
Bagaimana pun, dia turut mengakui mahu berubah menjadi individu yang lebih baik kerana sebagai manusia tak pernah lari dari melakukan kesilapan.
Dia juga menceritakan mengerjakan umrah bersama suami, anak dan keluarga baru-baru ini adalah detik yang begitu indah.
Leave a Reply