Ramai yang tidak percaya dengan umur selebriti Indonesia, Krisdayanti yang sudah mencecah 44 tahun kerana wajahnya nampak jauh lebih muda dari angka usianya.
Namun, di dalam portal Tribun-Bali, Krisdayanti mendedahkan dia menjadikan rutin suntikan DNA ikan salmon itu setiap tahun membuatkan dirinya awet muda tanpa kedutan meskipun usia mencecah 44 tahun.
“Untuk wajah yang segar dan cerah tanpa kedutan sebenarnya saya melakukan rawatan yang menggunakan DNA daripada ikan salmon.
“Ini kerana ikan salmon antara ikan yang mengandungi banyak kandungan omega 3 yang diperlukan untuk kulit cantik.
“DNA ikan akan meremajakan kulit kita. Kalau dilihat di Korea dan Singapura, sudah banyak rawatan menggunakan ikan salmon dilakukan. Sebab itu kulit muka mereka sangat cantik, bersih dan berkilau,” – Krisdayanti
Jelas Krisdayanti lagi, dia hanya memerlukan satu suntikan sahaja setiap tahun memandangkan keadaan kulitnya yang sudah cantik.
Leave a Reply