Enam buah keluarga di tingkat yang sama dengan jiran mereka yang merupakan seorang wanita yang digelar ‘jiran dari neraka’ terpaksa menjual rumah masing-masing.
Insiden yang berulang terjadi sejak dua tahun lalu menyebabkan satu blok perumahan di Punggol, Singapura telah menyaksikan aktiviti pindah-randah yang kerap berlaku, lapor Strait Times.
Wanita berusia 51 tahun itu dituduh sering menyimbah minyak di pintu jiran-jiran, memasang lagu dengan kuat dan menghentak lantai dan perkara yang paling jijik, dia telah meninggalkan telinga babi yang berdarah di atas rak kasut salah seorang jirannya.
Walaupun banyak laporan polis dibuat oleh jiran-jiran wanita itu, namun polis tidak dapat berbuat apa-apa kerana apa yang dilakukannya bukanlah kesalahan yang boleh menyebabkan wanita itu ditangkap.
Selepasp enam keluarga terbabit keluar daripada rumah mereka, belum lama keluarga baharu pindah ke rumah tersebut turut membuat laporan kepada pihak berkuasa.
Pada Februari tahun lepas, seorang penduduk juga terpaksa berpindah kerana dirinya sangat tertekan kerana setiap hari balik kerja akan melihat minyak masak dan bubur disimbah di pintu rumah.
Seorang lagi jirannya mendedahkan dia terpaksa menjual rumahnya kepada keluarga yang lain dan meminta maaf terlebih dahulu kepada keluarga tersebut sekiranya wanita itu akan mengganggu kententeraman mereka.
Leave a Reply