Banyak desas-desus mengatakan minyak RON95, RON97 dan Diesel akan berubah bermula 1 Mac 2015 selaras dengan pasaran minyak dunia semasa dan ditentukan dengan berdasarkan harga siling yang telah ditetapkan oleh kerajaan.
Sehubungan dengan isu harga minyak ini, pihak kerajaan menerusi KPDNKK akan mengumumkan harga rasmi minyak kepada pihak media masa pada malam ini jam 8.00 malam (Sabtu, 28 Februari 2015).
Harga Minyak Naik Bermula 1 Mac 2015
Bermula 1 Mac 2015, harga terbaru untuk minyak petrol RON95 RON97 dan Diesel yang naik adalah seperti berikut :
RON95: RM1.91 Sen (liter)
RON97: RM 2.11 Sen (liter)
Diesel: RM1.85 Sen (liter)
Jika dilihat harga minyak petrol RON95 RON97 dan Diesel yang turun bermula pada 1 Februari 2015 lepas adalah seperti berikut :
RON95: RM 1.70 Sen (liter)
RON97: RM 2.00 Sen (liter)
Diesel: RM 1.70 Sen (liter)
Adakah harga barang akan naik dengan kenaikan harga minyak yang terbaru ini? Seperti sebelum ini, barangan runcit dan makanan serta barang keperluan naik secara mendadak tetapi awal bulan Februari harga minya turun tetapi harga barang tidak turun walaupun 10 sen.
TehPanas – Cukup sebulan menikmati harga minyak yang turun, dah naik balik. Salah siapa? Lepas ni mesti ada perhimpunan tak puas hati harga minyak naik…
Ok