Abam Bocey & ‘Pakcik Bawang’ Berjumpa, Berbincang Isu ‘Ujian DNA’

Jika anda mengikuti kisah Pakcik Bawang yang mahukan Abam Bocey dan anaknya yang baru sahaja lahir menjalani ujian DNA, pasti anda ingin mengetahui apakah yang terjadi selepas Abam mengumumkan di Facebook untuk berjumpa dengannya bukan?

BACA : “Kalau Bukan DNA Saya, Abis Anak Siapaaaa?” – Abam Bocey Bengang, Pakcik Bawang Suruh Ujian DNA

Awal petang tadi, menerusi laman Instagram milik adiknya, Ali Puteh memuat naik gambar dirinya bersama Abam serta ‘Pakcik Bawang’ yang menyuruh dia menjalani ujian DNA tempoh hari.

“Perbincangan membawa muafakat…terlajak perahu boleh diundur…terlajak kata tak boleh undur….” – tulis Ali Puteh.

Jika dilihat pada kapsyen Ali Puteh dalam posting tersebut, Abam dan Pakcik Bawang itu sudah berjumpa dan berbincang mengenai dakwaan pakcik itu di dalam komen Facebook yang mengguris perasaan Abam.

Namun, di dalam foto tersebut, kedua-dua mereka nampak sugul dan jelas kelihatan muka pakcik tersebut menyesal dengan tindakannya yang meninggalkan komen berbaur fitnah itu. Menyesal ke?

Komen Pakcik Bawang menyuruh Abam menjalani ujian DNA di Facebook tempoh hari

Walaupun posting Ali Puteh itu tidak mendedahkan secara terperinci sama ada isu tersebut sudah selesai atau pun belum, kami berharap semoga perjumpaan dan perbincangan akan selesai dengan cara yang baik.

Carian Anda :

3 Trackbacks / Pingbacks

  1. "Alhamdullillah Selesai" - Abam Bocey & 'Pakcik Bawang' Sudah Berbaik - TEHPANAS
  2. “Alhamdullillah Selesai” – Abam Bocey & ‘Pakcik Bawang’ Sudah Berbaik - Info Sebenar
  3. Individu Hina Arwah Abam Bocey Padam Akaun Facebook - Hmetro Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*