Sebelum ini, industri hiburan kita dikejutkan apabila Aliff Aziz didakwa mencuri duit seorang artis wanita Indonesia yang dikenali sebagai Raja Yunika Putri semasa di salah sebuah kelab malam di Singapura.
BACA : Aliff Aziz Dituduh Curi Duit Artis Indonesia, Syed Saddiq Bantu Yunika Putri
Mungkin tiada bukti dan merasakan tuduhan melulu tersebut, Aliff mencabar Yunika membuat laporan polis berhubung dengan kejadian curi itu.
“Saya ada memberitahunya mahu melaporkan kejadian kepada polis, namun dia mencabar saya supaya terus melaporkannya,” – Raja Yunika Putri.
Terdahulu, Yunika mendakwa duitnya dalam wang ringgit dollar dan rupiah telah hilang di kelab malam dan menuduh dicuri oleh Aliff Aziz.
Dia menuduh Aliff memandangkan dia merupakan individu yang terakhir berjumpa dengannya di kelab malam tersebut.
Hasil bantuan Menteri Malaysia, Syed Saddiq, Yunika berjaya membuat kes ini mendapat perhatian pihak polis Singapura.
Leave a Reply