Artis Indonesia, Raja Yunika Putri mendakwa duitnya dalam mata wang dolar Singapura dan rupiah hilang dan dipercayai dicuri oleh artis lelaki Singapura yang menempa nama di Malaysia ketika berada di sebuah kelab malam di Singapura.
Kejadian yang berlaku pada 7 Jun lalu mengakui berjumpa dengan artis terbabit di Clarke Quay, Singapura.
“Saya kemudian pergi membuat bayaran di kaunter dengan meninggalkan beg mengandungi wang dan barang berharga di tempat duduk,” – Raja Yunika Putri.
Yunika memberitahu lagi, kira-kira jam 2 pagi waktu tempatan, artis lelaki berkenaan mengucapkan selamat tinggal dan memberitahu mahu pergi ke suatu tempat untuk bertemu rakannya.
“Tidak lama selepas artis itu pergi, saya mengambil dompet dalam beg. Malangnya, sejumlah wang dalam mata wang dolar Singapura dan rupiah saya hilang.
“Sudah pasti saya mengesyaki artis terbabit mengambilnya berikutan sebelum itu beg saya berada di tempat duduk.
“Saya ada memberitahunya mahu melaporkan kejadian kepada polis, namun dia mencabar saya supaya terus melaporkannya,” – Raja Yunika Putri.
Yunika melaporkan kejadian itu kepada polis Singapura atas bantuan Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Syed Saddiq, memetik HaluanKepri.
“Tidak lama selepas kejadian itu, dengan bantuan Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Syed Saddiq (Syed Abdul Rahman) saya melaporkan kejadian itu kepada polis dan kini kes itu dikendalikan polis Singapura.
“Kes ini mendapat perhatian Atase Nasional Polis Singapura, Joko Setiono,” – Yunika.
Namun Yunika tidak mendedahkannya berapa jumlah yang dicuri oleh artis tersebut kerana jumlahnya tidak penting.
“Saya mengucapkan terima kasih kepada YB Syed Saddiq. Kerana peranannya, insiden ini boleh sampai ke polis Singapura.
“Selepas kejadian itu, saya segera menghubungi beliau dan atas cadangannya saya diminta melaporkan kepada polis,”
“Pada awal kejadian, saya kecewa dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Tetapi saya menghubungi Syed Saddiq yang saya kenal beberapa lama dulu.
“Syukurlah dia memberi maklum balas dan meminta saya melaporkan kepada pihak berkuasa,” – Yunika.
Yunika turut mengucapkan terima kasih kepada Syed Saddiq kerana atas bantuan yang menyebabkan kes berkenaan mendapat perhatian polis Singapura.
Laporan polis yang mendakwa Aliff Aziz mencuri duit Raja Yunika Putri
Dalam artikel lain di portal HaluanKepri, jelas kelihatan laporan polis oleh Yunika tertera nama Aliff Aziz pada bahagian keterangan laporan.
Siapakah artis Singapura yang menempa nama di Malaysia itu jika bukan Aliff Aziz? Ramai artis lelaki Singapura yang menempa nama di negara kita ini selain Aliff, antaranya Aaron Aziz, Adi Putra, Awi Rafael dan ramai lagi, kita tunggu dan lihat ya!
Leave a Reply