Suspek utama dalam video semburit bersama Azmin Ali iaitu Haziq Abdullah Abdul Aziz telah dibebaskan daripada tahanan polis Sabtu lalu selepas menjalani pemeriksaan di Hostpital Kuala Lumpur (HKL).
BACA : Akui Dirinya Dalam Video Semburit, Haziq Aziz Jalani Pemeriksaan Di HKL
Menurut peguamnya, Ramesh Sivakumar, Haziq dibebaskan dengan jaminan polis dan dikehendaki hadir untuk membantu siasatan pada bila-bila masa sekiranya diperlukan pihak berkuasa itu.
Sebelum ini Haziq ditahan ditahan oleh pihak polis semasa berada di KLIA untuk berlepas ke Manila.
Menurut laporan Malaysiakini, Haziq disiasat di bawah empat seksyen, termasuk melibatkan tuduhan persetubuhan luar tabii dan menyebarkan bahan lucah.
“Dia bagus, dia ceria, saya juga tidak pernah jumpa dia kecuali dalam prosiding ini. Selepas dari ini dia akan jumpa saya bagi bincang jika ada kepeluan untuk ambil apa-apa langkah seterusnya,” Ramesh Sivakumar.
Peguam Haziq menjelaskan sepanjang tempoh penahahan, anak guamnya berada dalam keadaan baik dan mendakwa Haziq mahu bersendirian dan enggan bertemu pihak media.
Leave a Reply